TULANG BESAR?
Seorang kakak berusia lewat 40-an datang menemui saya. Datang ke Jabatan kecemasan setelah dirujuk dari klinik sebab sakit lutut. Setelah diperiksa secara fisikal dan X-ray di dapati kakak tadi mengalami osteoarthritis kedua-dua belah lututnya.
“Berat dan tinggi akak berapa ya.”
“Berat akak 108kg, tinggi 158cm, doktor.”
Saya terus mengira BMI (body mass index). BMI kakak adalah 43. “Akak punya berat ni terlebih. Dah masuk kategori obes ni. Lutut akak sakit dan kena osteoarthritis sebab obes. Berat lebih,” ujar aku.
“Taklah doktor. Tulang akak besar sebab tu berat.” Balas kakak.
“Eh! akak. Mana ada istilah tulang besar. Saiz tulang sama saja. Nobody is big-boned. Yang berat tu lemak berlebihan.” Jawab aku. Kakak tersenyum dalam kesakitan.
……
Body Mass Index (BMI)
Cara mengira atau formula BMI = berat (kg) /tinggi² (m)
Kurang berat badan: BMI <18.5
Normal atau berat ideal: BMI 18.5 – 22.9
Berlebihan berat badan: BMI > 23
Pra-Obes: BMI 23.0 – 27.4
Obes I: BMI 27.5 – 34.9
Obes II: BMI 35.0 – 39.9
Obes III: BMI > 40.0
(Rujukan dari WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia)
Anda boleh kira sendiri BMI masing dan boleh tahu di tahap mana.
Selain dari osteoarthritis, anda juga berisiko kepada penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi, kegagalan jantung dan penyakit jantung koronari, stroke, gout, fatty liver, batu karang hempedu, sleep apnea, metabolic syndrome dan macam-macam lagi.
Tiada jalan pintas kalau nak kurus atau kurangkan berat badan. Tiada supplemen atau produk untuk kurus seperti yang dimomokan oleh penjual penipu di luar sana. Semua tu karut.
Tips nak kurus atau kurangkan berat badan simple saja. Hanya menjalankan cara hidup sihat.
1. Kawal diet dengan amalan pemakanan yang sihat seperti formula pinggan sihat Malaysia ‘suku-suku-separuh’.
2. Meningkat aktiviti fizikal seperti senaman, jogging, marathon dan sebagainya.
3. Jika obesiti yang rumit, anda hanya perlu jumpa doktor dan dietitian untuk rawatan.
Ingat! Nobody is big-boned dan tiada jalan pintas kalau nak slim, okay.
Dr
Ahmad Zakimi Abdullah
(Dr Zek)
BMI 19
*Gambar dari pencarian google.
#CegahCOVID-19 #StaySafe
