| Tarikh | : 11 Julai 2019 (Khamis) |
| Masa | : 2.00 – 4.00 Petang |
| Lokasi | : Pusat Internet Kg Orang Asli Sungai Judah |
| Peserta | : 23 orang |
Tujuan
Kelas yang disertai oleh 23 orang pelajar Kelas Dewasa Asli Pribumi (KEDAP) bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap isu risiko-risiko dalam talian kepada komuniti melalui modul Risiko Dalam Talian
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat mengenai risiko yang mungkin boleh berlaku di dalam talian dan cara -cara untuk mengelakkannya. Setelah selesai sesi taklimat telah diadakan sesi soal jawab bagi memantapkan lagi pemahaman peserta tentang tajuk advokasi.