| Tarikh | : 26 Januari 2019 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet Kota Raja |
| Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang murid sekolah rendah yang berumur antara 6 – 12 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft PowerPoint. Di samping itu, taklimat Klik Dengan Bijak merangkumi modul Mobile e-Waste juga turut diadakan.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat tentang modul Mobile e-Waste. Seterusnya peserta diberi tunjuk ajar berkenaan fungsi ribbon di dalam microsoft powerpoint dan latihan intensif.