mcmc
Uncategorized

Sambutan 60 Tahun MARA

MCMC melalui Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO), dengan kerjasama Pejabat Wilayah Tengah (CRO), telah menyertai Sambutan 60 Tahun MARA yang berlangsung selama dua hari di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

Sepanjang penganjuran, reruai MCMC menerima kunjungan ramai bagi mendapatkan maklumat serta mengikuti pelbagai aktiviti interaktif. Antara aktiviti utama ialah pendaftaran Ikon Wira Internet Selamat dan Kuiz Kempen Internet Selamat yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber, etika dan penggunaan internet secara berhemah.

Selain itu, peserta diberi pendedahan melalui sesi Taklimat Internet Selamat oleh MCMC. Perkongsian ini membantu masyarakat memahami taktik penipuan digital terkini dan langkah penting untuk melindungi diri ketika berada di ruang siber.

Penyertaan MCMC dalam program ini menjadi platform penting untuk menyampaikan mesej kesedaran mengenai keselamatan internet serta membentuk komuniti digital yang lebih bertanggungjawab, selaras dengan usaha MCMC membina masyarakat celik teknologi dan beretika di alam siber.

#MCMC#KempenInternetSelamat